Home » , » Tersungkur depan rumah

Tersungkur depan rumah

Written By b on Sunday, 19 January 2014 | 15:31


PENAMPANG: Seorang penjenayah yang dikehendaki berkaitan kes bunuh tersungkur ditembak polis selepas dia bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di sebuah rumah di Kampung Maang, dekat sini, kira-kira 10 malam tadi.

Suspek, Chang Kock Ying, 43, mati ditempat tempat kejadian dipercayai akibat terkena tiga das tembakan.
Difahamkan, sebelum kejadian, suspek dikatakan merempuh anggota polis ketika cuba menahannya di Putatan, dekat sini, kira-kira 4 petang.

Rempuhan itu menyebabkan anggota polis terbabit mengalami parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).


Hasil daripada risikan dan siasatan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kemudian berkaha menjejaki suspek terbabit.


Suspek sebelum ini dipercayai membakar rumah keluarga isterinya sehingga menyebabkan adik iparnya rentung di Taman Semarak Tawau, pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah turut berada di lokasi kejadian.
--Hmetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger