Home » , » Terkini 130 mangsa banjir di lipis berada di pusat pemindahan

Terkini 130 mangsa banjir di lipis berada di pusat pemindahan

Written By b on Saturday, 11 January 2014 | 17:04


138 MANGSA BANJIR DI KUALA LIPIS BERADA DI ENAM PUSAT PEMINDAHAN

Kuantan, 11 Jan - Seramai 138 orang mangsa banjir daripada 27 keluarga di enam kampung di daerah Kuala Lipis dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berikutan rumah mereka dinaiki air sejak petang semalam.
(Gambar sekadar hiasan)
Hujan lebat selama dua hari berturut-turut menyebabkan paras air Sungai Jelai, Tanum dan Kechau meningkat dan melimpah sehingga menenggelamkan rumah penduduk terlibat.

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, kesemua mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan banjir sejak 6.30 petang semalam.

"Sehingga jam 5 petang ini seramai 38 mangsa dari lima keluarga dari Kampung Demik Bukit Betong telah dipindahkan ke Sek Keb Batu Yon, sembilan mangsa dari dua keluarga dari Kampung Beralas dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Beralas, 36 mangsa dari enam keluarga dari Kampung Chegar Perah dipindahkan ke Sek Keb Chegar Perah.

"Manakala seramai 22 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Kuala Telang dipindahkan ke Masjid Bukit Semak, 26 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Seberang Jelai dipindahkan ke Masjid Kampung Seberang Jelai dan tujuh daripada empat keluarga dari Kampung Dusun telah berpindah ke rumah saudara mara mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu katanya, air turut melimpah ke jalan raya di Kampung Kolek, Sungai Lembing dan hanya kenderaan berat boleh melaluinya. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger