Home » , » Tanya arah jalan sebelum ragut

Tanya arah jalan sebelum ragut

Written By b on Wednesday, 22 January 2014 | 18:04


REMBAU – “Saya mula berasa tidak sedap hati dan mengundur tiga langkah ke belakang apabila seorang lelaki bertopi keledar bertanyakan arah kolam air panas,” luah mangsa ragut, Rohhana Ibrahim, 46, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Layang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi kelmarin, mangsa ingin menyiram pokok bunga sebelum didatangi seorang lelaki bertanyakan arah jalan, sementara seorang lagi rakannya menunggu di pintu pagar.

Menurutnya, lelaki itu dengan pantas memegang lehernya dan terus merentap rantai emasnya sehingga berlaku pergelutan selepas  dia mula mengesyaki sesuatu.

“Akak menjerit sekuat hati memanggil anak-anak yang berada di dalam rumah dan sebaik mereka keluar, anak akak menjerit bagi meminta pertolongan.

“Kejadian berlaku begitu pantas. Walaupun singkat, akak masih ingat lagi air muka penyamun berkenaan dan saat penyamun ingin merentap rantai emas,” katanya.
--Sinar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger