PPM GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MINYAK BERSUBSIDI
Written By b on Friday, 10 January 2014 | 22:15
Sandakan, 10 Jan – Aktiviti penyeludupan minyak ke luar negara berjaya disekat sepasukan Polis Marin semasa melakukan pemeriksaan di sebuah jeti Pasar Besar Sandakan, semalam.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad bin Madun berkata 27 tong minyak diesel dan 45 tong minyak petrol dijumpai oleh bot ronda PGR7 yang sedang menjalankan Op Paradise.
Hasil rampasan yang dianggarkan bernilai RM4,455 telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1951.
FB PDRM
Labels:
B Malaysia,
crime

Post a Comment