Home » , » Misteri bau busuk terbongkar

Misteri bau busuk terbongkar

Written By b on Thursday, 9 January 2014 | 20:11


TASEK GELUGOR – Bau busuk yang dihidu beberapa penduduk kampung yang mencari tumbuhan hutan di Kampung Acih, Ara Kuda di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata mayat lelaki yang dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui oleh penduduk kampung pada pukul 1.30 tengah hari.
Polis menemui satu kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) dipercayai milik mangsa berhampiran lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya lelaki itu mati sejak dua minggu lepas dan polis tidak menolak kemungkinan dia mati di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan hutan itu.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, menurut sumber Bernama.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger