'Sultan Melaka' dibebaskan
Written By b on Tuesday, 21 January 2014 | 03:54
MELAKA: Seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' Noor Jan Tuah yang ditangkap polis Selasa minggu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Noor Jan, 57, dijamin seorang ahli keluarganya yang juga seorang peguam yang tiba di IPK pada jam 12.23 tengahari.
Beliau dibebaskan pada jam 12.45 tengahari dan dilihat terus memasuki sebuah kereta BMW meninggalkan kawasan IPK.
--Hmetro
Labels:
B Malaysia,
Headlines

Post a Comment