Home » , » Macam aksi filem...

Macam aksi filem...

Written By b on Saturday, 25 January 2014 | 16:00

Kuala Lumpur: Bagaikan adegan dalam filem aksi, pengguna Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) gempar apabila sebuah Proton Satria Neo yang dipandu suspek jenayah bersama dua lagi rakannya termasuk seorang wanita merempuh melanggar lapan kenderaan dan dua motosikal awam.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menghalang lelaki berkenaan berterusan menjejaskan keselamatan orang awam dalam kejadian berdekatan Pandan Indah jam 8.30 malam kelmarin.

Suspek yang juga kelasi kapal pada mulanya cuba melarikan diri bersama rakannya dari Wangsa Maju ke tempat kejadian selepas merempuh motosikal polis.

Susulan tindakan suspek memandu melulu itu, polis terpaksa melepaskan tembakan sebelum terkena pemandu Proton Satria Neo berusia 31 tahun itu.

Akibat tembakan itu, suspek mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 5.40 pagi semalam.
--Hmetro

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger