Home » » Guru mualaf terima permohonan maaf

Guru mualaf terima permohonan maaf

Written By b on Friday, 17 January 2014 | 04:10


KOTA TINGGI: Kes berkaitan seorang guru mualaf yang mendakwa dipaksa membuka tudung ketika mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat di sini, dianggap selesai.

Ini kerana, pagi tadi, satu perjumpaan muhibah membabitkan guru berkenaan dengan Pengerusi Jemaah SJKC Nan Ya, Phang Ah Ngang, 72, serta guru besar sekolah itu, Chiew Swee Tuan dibuat di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama.

Pada pertemuan itu, Phang dan Chiew meminta maaf secara terbuka kepada guru berkenaan di atas perbuatan mereka sebelum ini.

Guru mualaf itu yang tidak mahu memanjangkan isu berkenaan memaafkan mereka.


Beliau juga tidak mahu terbelenggu dengan isu itu sebaliknya mahu menumpukan kepada tugasnya sebagai guru.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger