KAMI yakin ramai yang terkejut jika kami katakan deejay radio popular Hot FM, Sharifah Aleya, 30, sudah selamat diijabkabulkan dengan jejaka bernama Muhammad Azam Abdullah atau Miko, 28, hari ini.
Ini merupakan perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pemuzik, Muhammad Ashraf AAsimudin pada tahun 2011.
Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara pagi tadi.
Dengar khabarnya, tiada media yang dijemput untuk membuat liputan mengenai majlis pernikahan ini.
Tak tahulah kenapa, tapi mungkin trend perkahwinan artis sekarang tak mahu heboh-heboh kot? Apa pun, tahniah ya!






Post a Comment