Home » , » Gadis 13 tahun tak dapat berkahwin

Gadis 13 tahun tak dapat berkahwin

Written By b on Tuesday, 7 January 2014 | 14:32


Tawau – Seorang gadis berusia 13 tahun bukan saja tidak dapat berkahwin, malah turut dipukul kerana dituduh berlaku curang oleh ahli keluarga teman lelakinya, Sabtu lalu.
Menurut sumber, mangsa dikatakan sepatutnya berkahwin dengan teman lelakinya berusia 18 tahun pada hari berkenaan, namun ahli keluarga lelaki terbabit dikatakan enggan bersetuju selepas mendakwa gadis terbabit curang.
Katanya, teman lelaki mangsa dikatakan merogol mangsa tanpa persetujuannya sebanyak dua kali pada Januari dan Mac, tahun lalu, di kawasan rumah pekerja di Jalan Kalabakan, dekat sini.
“Mangsa mendakwa dirogol kali pertama oleh suspek di sebuah bilik rumah pekerja di Jalan Kalabakan kira-kira jam 8 pagi, Januari tahun lalu. Dia kemudian mendakwa dirogol kali kedua kira-kira jam 11 pagi, Mac tahun lalu,” katanya, menurut sumber Hmetro.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger