Home » , » Ditahan ketika tidur

Ditahan ketika tidur

Written By b on Saturday, 11 January 2014 | 19:18


MAHANG - Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  diketuai Inspektor Norfaizal Mohamad menahan seorang remaja 20an di rumahnya di Gunung Bungsu kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis membuat pemantauan terhadap suspek sejak seminggu lalu sebelum menahannya ketika sedang tidur di ruang tamu.

Polis menerima maklumat suspek terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.

“Kami meminta suspek bekerjasama dan menunjukkan motosikal dimiliki. Polis terpaksa mengambil masa sejam untuk mengeluarkan rangka motosikal yang dibuang dalam kawasan paya berhampiran rumahnya.

"Dari pemeriksaan dijalankan terhadap rangka motosikal itu, polis mendapati ia masih di laporkan hilang di Sungai Kob. Kami kemudiannya membuat pemeriksaan di bahagian belakang rumah dan menemui semula enjin motosikal itu. Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dari soal siasat dijalankan, suspek mengaku membeli motosikal itu dari seorang kenalan dengan harga RM200, bagaimanapun motosikal itu tidak digunakan sebaliknya dia meleraikan semua alat ganti untuk dipindahkan ke motosikal lain.

“Jenayah membawa padah dan tidak berbaloi sekiranya mereka ingin memperoleh RM200 ke RM300 dengan mencuri motosikal atau sebagainya, kerana akan berhadapan dengan hukuman penjara,” katanya.
--sinarharian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger