Dihalau, dihina selepas cerai
Written By b on Saturday, 11 January 2014 | 16:27
Kota Kinabalu: Bukan saja dicerai suami dan dihalau keluarga mentua, malah ibu bapanya turut mengusirnya bersama anak perempuan berusia dua tahun keluar dari rumah.
Kini wanita yang dikenali sebagai Jira, 20, terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai bagi menyara kehidupan bersama anak perempuannya.
(Gambar Hiasan)
Bekas suaminya pula bukan saja kini berkahwin lain dan tidak pernah memberi nafkah, malah tidak pernah sekali pun menghubungi mereka dua beranak untuk bertanya khabar.
Menceritakan kisah hidupnya, Jira berkata, dia bersama bekas suaminya berkahwin pada 2010 atas dasar suka sama suka selepas hampir setahun bercinta.
“Ketika itu, hubungan kami mendapat tentangan ahli keluarga saya dan bekas suami kerana saya masih bersekolah di tingkatan enam, manakala bekas suami belajar di kolej swasta.
“Namun, kami tetap ingin bernikah dan pada 2010 kami melangsungkan perkahwinan,”Walaupun kedua-dua keluarga pada mulanya tidak bersetuju, akhirnya mereka akur,” katanya.
Menurutnya, selepas setahun mendirikan rumah tangga dan tinggal di rumah mentua dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
“Sejak saat itu, ibu bapa mentua mula tidak senang dengan kehadiran saya dan anak di rumah mereka. Malah, suami ketika itu sering marah dan ada kalanya sanggup membelasah saya. “Bukan itu saja, bekas suami ada perempuan lain dan disebabkan ibu mentua tidak menyukai saya, menyokong tindakan suami asalkan saya diceraikan.
“Saya cuba memperbaiki hubungan namun ibu mentua tetap mahu kami bercerai. Pada November 2013 kami berpisah dan saya serta anak dihalau dari rumah mereka,” katanya.
Jira berkata, selepas itu, dia pulang ke rumah ibu bapanya di Penampang namun malangnya dia bukan saja dimaki hamun, malah dihalau kerana memalukan keluarga.
“Ibu bapa mengatakan saya menyusahkan merek malah memalukan keluarga kerana bercerai dengan suami.
“Ketika itu, saya hampir putus asa dan terfikir untuk memberi anak kepada orang lain disebabkan keluarga tidak dapat menerima kehadiran saya dan anak.
“Namun, saya tetap kuatkan diri demi anak dan mencari pekerjaan di Kota Kinabalu,” katanya.
Menurutnya, sehingga hari ini bekas suaminya tidak pernah menghubungi atau menemui anaknya untuk bertanya khabar, apatah lagi memberi nafkah kepada anaknya.
--Hemtro
Labels:
B Malaysia,
Headlines

Post a Comment