Home » , » 7 ditahan larikan ubi kentang

7 ditahan larikan ubi kentang

Written By b on Friday, 10 January 2014 | 21:10


SHAH ALAM 10 Jan. - Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat melarikan dua kontena mengandungi ubi kentang seberat 25,000 kilogram bernilai RM100,000 dari sebuah gudang pengimportan bawang dan ubi di Taman Klang Jaya, Klang, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek pertama berusia 31 tahun yang dipercayai dalang kejadian, ditahan di sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 9 pagi, Selasa lalu.

Beliau berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pengurus jualan syarikat pengimportan bawang dan ubi kentang berkenaan.

"Hasil soal-siasat terhadap suspek itu, dua kontena yang dilarikan telah dijumpai semula dalam keadaan kosong di dua lokasi berasingan iaitu Persiaran Anggerik Aranda, Kota Kemuning di sini dan Jalan TSB 3, Kota Damansara kira-kira pukul 1 pagi, Rabu lalu.

"Kira-kira 13 jam kemudian, kita melakukan satu serbuan di sebuah gudang pembungkusan bawang dan ubi kentang di Kampung Baru Sungai Buloh, dekat sini dan membawa kepada penemuan kesemua ubi kentang yang diimport dari China itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



© Utusan Melayu (M) Bhd
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Segenap Demensi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger